seismik

Sempena Hari Polis Ke-216, PDRM Beri Diskaun Saman 60% Hingga 31 Mac Ini

Tawaran tersebut bermula 20 Mac sehingga 31 Mac 2023.

Cover image via Berita Harian & Sebenarnya.my

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengumumkan pengurangan kadar kompaun dan saman sehingga 60% sempena Hari Polis Ke-216

Orang ramai boleh mendapatkan diskaun itu menerusi aplikasi MyBayar Saman atau secara fizikal di semua kaunter bayaran trafik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara.

Menurut satu kenyataan di Facebook, tawaran tersebut akan bermula 20 Mac sehingga 31 Mac 2023.

Lihat posting penuh itu di bawah:

Image via fbcdn.net
Image via fbcdn.net

Tawaran pengurangan kompaun saman trafik secara dalam talian sehingga 60% tertakluk kepada saman terpilih melalui aplikasi MyBayar Saman dan secara fizikal di semua kaunter bayaran trafik

Walau bagaimanapun, pengurangan kompaun ini tidak ditawarkan bagi beberapa kesalahan seperti:

- Kemalangan

- Bicara mahkamah

- Saman Berstatus Waran

- Kenderaan berat

- Memotong secara bahaya

- Menggunakan lorong kecemasan

- Kesalahan tidak boleh dikompaun

- Melanggar lampu isyarat

- Memotong di garisan berkembar

- Pengubahsuaian ekzos

- Saman Op Selamat

PDRM bagaimanapun menggalakkan orang ramai yang tidak mahu beratur untuk menjelaskan saman secara online di MyBayar Saman

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: