seismik

Panduan Niat Serta Cara Solat Sunat Tarawih 8 & 20 Rakaat Di Rumah Seperti Saranan JAKIM

Solat sunat tarawih boleh dilakukan secara bersendirian atau berjemaah di rumah.

Cover image via Kosmo Digital & Harian Metro

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menjelang bulan Ramadan, ibadah yang paling dinantikan oleh semua umat Islam adalah solat sunat tarawih

Iyalah, hanya pada bulan yang mulia ini saja kita boleh melakukan solat sunat tarawih bersama keluarga untuk mengeratkan ukhwah silaturahim.

“Barang siapa yang mendirikan solat (tarawih) pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu" – HR Muslim.

Hukum solat sunat tarawih adalah sunat Muakkad, iaitu yang sangat dituntut (dikerjakan) oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada setiap malam bulan Ramadan. Anda boleh melakukan solat sunat ini secara bersendirian atau berjemaah bersama keluarga di rumah.

Image via twimg.com

Berikut di bawah adalah niat menunaikan solat sunat tarawih secara bersendirian atau secara berjemaah di rumah:

Niat solat tarawih secara sendirian:

"Ushollii Sunnatat-Taroowiihi Rok'ataini Lillaahi Ta'alaa"

“Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat kerana Allah Ta’ala.”

Image via JAKIM

- Niat solat tarawih secara berjemaah (Niat menjadi Imam atau Makmum):

"Ushollii Sunnatat-Taroowiihi Rok'ataini Imaaman/Ma'muuman Lillaahi Ta'alaa"

“Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat imam/makmum kerana Allah Ta’ala.”

Image via JAKIM

Cara menunaikan solat sunat tarawih 8 rakaat:

Solat sunat tarawih 8 rakaat boleh dilakukan dengan 4 salam. Ia ditunaikan pada dua rakaat pertama dan memberi salam. Seterusnya disambung semula dua rakaat berikutnya sehingga genap jumlah 8 rakaat (2 rakaat x 4 salam).

Tiada pengkhususan bacaan untuk solat tarawih 8 rakaat. Boleh dibacakan apa sahaja surah dalam Al-Quran sama ada yang pendek mahupun panjang.

Namun, bagi mereka yang tidak menghafal surah-surah panjang, boleh saja baca surah-surah lazim ini dalam solat tarawih 8 rakaat.

Bacaan surah-surah berikut dilakukan selepas daripada membaca surah Al-Fatihah.

Image via JAKIM

Bermula malam ke-16 hingga ke akhir Ramadan, anda digalakkan membaca surah al-Qadr pada rakaat pertama. Seterusnya pada rakaat kedua, dibacakan surah al-Takathur hingga surah al-Fil seperti malam pertama hingga malam ke-15.

Cara menunaikan solat sunat tarawih 20 rakaat:

Solat sunat tarawih 10 rakaat boleh dilakukan dengan 10 salam. Ia ditunaikan pada dua rakaat pertama dan memberi salam. Seterusnya disambung semula dua rakaat berikutnya sehingga genap jumlah 20 rakaat (2 rakaat X 10 salam).

Image via JAKIM

Bermula malam ke-16 hingga akhir Ramadan, anda digalakkan membaca surah al-Qadr pada rakaat pertama. Pada rakaat kedua adalah surah-surah nombor ganjil dalam gambar rajah di atas.

Cara menunaikan solat sunat witir:

Solat sunat witir boleh dilakukan sesudah habis solat sunat tarawih dan boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian.

Solat sunat witir dilakukan dengan 3 rakaat dan 2 salam. Dua rakaat yang pertama dan satu rakaat yang kedua.

Lafaz niat solat sunat witir bagi 2 rakaat pertama:

"Ushallii Sunnatal Witri Rok 'ataini Imaaman/Ma'muuman Lillaahi Ta'alaa"

“Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat imam/mamkum kerana Allah Ta’ala“

Image via JAKIM
Lafaz niat solat sunat witir bagi 1 rakaat berikutnya:

"Ushallii Sunnatal Witri Rok 'atan Imaaman/Ma'muuman Lillaahi Ta'alaa"

“Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat imam/mamkum kerana Allah Ta’ala”

Image via JAKIM

Bacaan surah-surah dalam solat witir:

Selepas bacaan surah Al-Fatihah bagi setiap rakaat, digalakkan membaca surah berikut:

- Rakaat pertama: (Surah al-A’la)
- Rakaat kedua: (Surah al-Kafirun)
- Rakaat ketiga/terakhir: (Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah al-Nas) sekaligus dalam 1 rakaat terakhir.

Bermula malam ke-16 hingga ke akhir Ramadan, anda disunatkan membaca doa qunut untuk rakaat terakhir solat sunat witir.

Semoga panduan solat sunat tarawih ini dapat membantu kita semua untuk mengumpul lebih banyak pahala pada bulan Ramadan ini. Selamat berpuasa buat semua umat Islam!

Image via Astro Awani

You may be interested in: