seismik

Lepas 960 Percubaan, Wanita Ini Akhirnya Berjaya Lulus Ujian Memandu & Dapat Kereta Baru

Mak ai, berapa banyak duit dia habis tu?

Cover image via Mau Kerja & Kosmo!

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebelum memiliki lesen kenderaan, semua orang perlu melepasi ujian memandu terlebih dahulu

Tidak kiralah lesen motor, kereta, lori atau pun bas, semuanya memerlukan latihan yang cukup untuk beberapa bulan sebelum kita mendapat lesen yang sah.

Selain daripada menjaga keselamatan, lesen juga menandakan kita sudah boleh memandu dengan cekap di mana-mana saja.

Namun, masih ramai di luar sana yang tidak berjaya melepasi ujian memandu walaupun sudah banyak kali mencuba. 

Seperti seorang wanita di Seoul, Korea ini yang mengambil ujian memandu sebanyak 960 kali telah mencuri tumpuan baru-baru ini.

Image via Kosmo!

Bayar lebih RM59,000 untuk dapat lesen kereta

Menurut Kosmo!,wanita bernama Cha Sa-soon yang berumur 69 tahun itu mula menduduk ujian bertulis pada bulan April 2015. Selepas gagal buat kali pertama, dia tidak putus asa dan mengambil ujian tersebut setiap hari dalam lima hari setiap minggu.

Selepas 780 kali percubaan, akhirnya wanita itu mengambil hanya dua kali ujian bertulis dalam seminggu sehinggalah dia lulus.

Kemudian, dia meneruskan pula dengan ujian memandu sebanyak 10 kali percubaan. Dengan jumlah 960 kali percubaan, wanita itu berjaya mendapatkan lesen pertamanya.

Dia dikatakan tidak berputus asa kerana memerlukan lesen untuk memudahkan urusan perniagaan sayur-sayurannya. 

Menurut laporan, Sa-soon menghabiskan hampir £11,000 (RM59,644) untuk mendapatkan lesen memandu

Apa yang lebih menarik, disebabkan berita mengenainya mengambil ujian memandu terbanyak di Korea, Sa-soon kini menjadi selebriti negara dan muncul dalam iklan syarikat pengeluar kereta, Hyundai.

Malah, Hyundai menghadiahkannya sebuah kereta baru bernilai hampir £11,640 (RM63,117).

Wow! Rezeki tak salah alamat. Disebalik usaha dia nak dapatkan lesen, terus jadi selebriti dah sekarang. Kagum!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: