Bagi Tips Untuk Wanita Nak Bercerai, Gelagat Sajat Borak Dengan Tuan Hakim Ini Undang Tawa
Ada je idea si Sajat ni. Haha.
Seperti mana yang kita tahu, Malaysia kini gempar dengan isu perceraian artis-artis terkenal
Daripada isu Syamsul Yusof dan Puteri Sarah, Hafiz Roshdi dan Shuhada, kini hangat pula tentang pergolakan rumah tangga Diana Danielle dan Farid Kamil.
Walaupun jodoh dan ajal di tangan Allah SWT, ramai juga yang sedih melihat keretakan rumah tangga mereka.
Namun, tular pula sebuah video baru-baru ini apabila Sajat memberikan tips buat para wanita di luar sana yang ingin bercerai telah mencuri tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Siap bagi tips untuk bersiap dan berbual dengan tuan hakim supaya cepatkan proses cerai
Menerusi video yang dimuat naik oleh Sajat di akaun TikToknya, kelihatan dia memakai pakaian yang mengikut bentuk badan dan siap bertudung serta berkaca mata hitam.
Apa yang menghiburkan adalah apabila Sajat memberikan beberapa tips khas buat kaum wanita yang ingin bercerai memandangkan terlalu banyak kes cerai berlaku sekarang.
"Kakak-kakak yang mana nak bercerai dengan suami tu, sebelum nak pergi ke mahkamah tu bersiap dulu. Bila datang dekat mahkamah, gitu je bagi tuan hakim," katanya.
"Puteri Sarah dengan Diana Danielle boleh belajar dari Sajat" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah meraih 1M tontonan, 73.6K tanda suka dan 6.7K komen di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat Sajat yang spontan itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!