Farid Kamil Dakwa Ada Bukti Bergambar Diana Danielle Curang, Nekad Akan Dedah Di Mahkamah
Diana Danielle sempat buang bunga dan tolak cincin yang diberi oleh Farid.
Pergolakan rumah tangga pelakon Farid Kamil dan isterinya Diana Danielle masih belum menemui jalan penghujungnya
Ekoran Diana Danielle dikatakan selingkuh dan nekad berpisah kerana wujudnya pihak ketiga dalam rumah tangga mereka, Diana menafikan sekeras-kerasnya dan mengatakan itu hanyalah fitnah.
Terdahulu, Diana menolak pemberian bunga dan cincin oleh Farid semasa perbicaraan pertama mereka di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.
Ada bukti gambar tapi tak boleh tunjuk kepada umum sekarang
Terkini, Farid yang masih dengan dakwaan wujudnya orang ketiga dalam rumah tangga mereka bakal membongkar bukti perselingkuhan isterinya di mahkamah nanti.
Menurut Harian Metro, Farid berkata dia ada bukti gambar. Walau bagaimanapun, dia tidak boleh menunjukkannya sekarang, sebaliknya dia akan mendedahkan di mahkamah secara profesional.
"Saya tidak mahu bercakap hal isteri saya dan buka aib sesiapa. Saya ke mahkamah untuk menegakkan hukum-hakam agama Islam," katanya.
Sebagai rekod, Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai pada 10 Mac 2023 atas alasan tiada persefahaman dan sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan.
Namun, Farid Kamil enggan menceraikannya dan masih mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!