seismik

Sanggup Makan Kulit Babi Demi Konten Video, Influencer Muslim Ini Terima Kecaman Netizen

Tak tahu nak kata apa.

Cover image via @lilumukerji (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai umat Islam, kita sudah tahu babi merupakan haiwan yang haram untuk disentuh, apatah lagi untuk dimakan

Tidak dinafikan, sebenarnya ramai saja individu beragama Islam di luar sana yang pernah memakan babi sama ada sengaja atau tidak sengaja.

Tambahan pula jika bercuti di luar negara, kadangkala kita akan rasa ragu-ragu tentang status halal sesuatu makanan. Oleh itu, gunalah apa cara sekali pun supaya tidak termakan daging haram ini.

Namun, lain pula dengan situasi seorang wanita dari Indonesia ini apabila dia selamba makan kulit babi telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Teringin nak tahu rasa babi macam mana, selamba makan dekat kedai

Menerusi video yang dimuat naik oleh @lilumukerji, kelihatan wanita itu sedang berada di sebuah restoran semasa dia sedang bercuti di salah sebuah tempat di Indonesia.

Apa yang membuatkan ramai terkejut adalah apabila dia dilihat mengambil hidangan yang berisi kulit babi untuk dimakan bersama nasinya.

Menurutnya, itu merupakan kali ketiga dia makan daging babi. Kali pertama dia tidak sengaja termakan, kali kedua dia makan di sebuah majlis dan kali ini dia ingin mencuba pula rasa kulit babi di restoran tersebut.

"Only in Indonesia. Bukannya taubat tapi lanjut ke season 3" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mencecah sehingga 3.8M views, 63.2K likes dan 9.1K shares di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenai tindakan wanita itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mungkin dia bukan Islam kot sebenarnya? Entahlah, confuse kadang-kadang tengok cara hidup diaorang ni.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: