seismik

[VIDEO] Tengah Sedap Tidur, Sekali Menggelupur Bangun Bila Ada Babi Hutan Lepak Sebelah

"Ni jenis tak bagi signal jugak ni, tahu-tahu ada je" - Warganet.

Cover image via @lideqifaysza (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bila sudah seharian melakukan aktiviti air di laut, sudah pastinya badan kita automatik akan letih bukan?

Baring berbantalkan daun pun boleh tidur lena kerana penat menghabiskan tenaga bermain macam-macam aktiviti bersama keluarga dan kawan-kawan.

Tetapi, lain pula yang terjadi kepada dua orang lelaki ini apabila video mereka menggelupur bangun dari tidur gara-gara seekor babi hutan mencuri perhatian ramai di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tengah sedap tidur, member kejut suruh bangun sebab ada babi dekat sebelah

Menerusi video yang dimuat naik oleh Samjidkhan, kelihatan dua orang kawannya sedang tidur lena di bawah pokok di kawasan pantai.

Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah tiba-tiba datang seekor babi hutan di kawasan itu seolah-olah nak join mereka lepak sekali dan dua orang lelaki itu menggelupur bangun sebaik saja mereka dikejutkan oleh kawan-kawan yang sedang merakam kejadian tersebut.

Lebih melucukan lagi apabila salah seorang kawan mereka gelak sakan dan bunyi seperti kambing. Manakala, babi hutan itu pula tidak berbuat apa-apa dan masih memerhatikan gelagat mereka.

"Siotlah, siapa gelak macam kambing tu hahahaha dekah!" - Warganet

Rata-rata warganet turut merasa terhibur selepas melihat video berkenaan yang sehingga kini berjaya meraih sebanyak 1.1M views, 92K likes dan 3K shares di TikTok.

Malah, ada yang lebih terhibur mendengar ketawa salah seorang daripada mereka yang bunyi seperti kambing berbanding motif utama mereka merakam video tersebut iaitu babi hutan.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Babi tu pun terkejut agaknya bila dengar manusia gelak bunyi kambing :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: