seismik

[VIDEO] Bila Babi Hutan 'Window Shopping' Dekat Alamanda, Komen Netizen Bikin Pecah Perut!

"Mentang-mentang dah boleh rentas negeri" - Netizen

Cover image via @__lynn93__ (TikTok)

Baru-baru ini, tular rakaman video daripada pengunjung di Alamanda Putrajaya tentang seekor babi hutan yang sedang berlegar di dalam sebuah kedai sukan

Kejadian yang dikatakan berlaku di pusat pusat beli-belah Alamanda Putrajaya itu menunjukkan babi hutan tersebut seolah-olah sedang window shopping di dalam kedai sukan Al-Ikhsan.

Gelagat babi hutan itu disaksikan oleh pengunjung dari luar kedai setelah premis itu dikosongkan sementara kedai menghubungi pihak berkuasa untuk menangkap haiwan tersebut.

Berikut di bawah adalah video yang sempat dirakam oleh salah seorang pengunjung:

@__lynn93__

eh eh eh dia ni pi jalan2 al ikhsan alamanda pulak dah

Oh No - Kreepa

"VIP nak beli kasut memang semua orang kena keluar" - Netizen

Pihak bomba dikatakan datang dengan dua jentera untuk menghalau haiwan berkenaan dari bangunan kompleks beli-belah tersebut.

Susulan tularnya video haiwan liar itu yang tular di pelbagai media sosial, ia telah meraih perhatian ramai dan mengundang netizen untuk meninggalkan macam-macam komen yang mencuit hati.

Antara komen menarik daripada netizen:

Boleh pula babi hutan disamakan dengan ex-boyfriend ya :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: