seismik

Kecewa Dengan Menu Bufet Ramadan Di Hotel, Video Wanita Ini Jadi Bualan Ramai Netizen

Membazir je bayar.

Cover image via @nonachaca317 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Apabila sebut tentang bufet di hotel, sudah tentu kita akan membayangkan pelbagai jenis juadah menarik yang disediakan betul tak?

Harga sekepala untuk buffet biasanya mencecah sehingga RM200 lebih. Ada juga yang murah dan boleh dapat kurang dari RM100. 

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok memaparkan menu bufet di sebuah hotel terkemuka menghidangkan makanan yang sangat sedikit telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Kecewa harga bufet yang dibayar tak berbaloi dengan menu

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nonachaca317, kelihatan wanita itu pergi berbuka puasa bersama keluarganya di Lakeside Kitchen @ Flamingo Hotel By The Lake, Ampang.

Apa yang membuatkan dia terkejut dan kecewa adalah apabila kebanyakan menu bufet di hotel itu cepat habis dan tidak banyak pilihan.

Menurutnya, itu merupakan bufet iftar yang paling tak berbaloi dia pernah pergi. Dari bahagian makanan utama sehingga ke bahagian pencuci mulut, semuanya hampir licin walaupun baru pukul 7.15 malam.

”Ni menu terlalu rahmah. Baik pergi bazar, RM245 dapat makan macam-macam” - Warganet

Ikutan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 1.2M views, 42.5K likes dan 2.8K shares di TikTok, rata-rata warganet turut memberikan pendapat masing-masing mengenainya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Siapa je tak sakit hati kalau dah bayar harga buffet tapi dapat makan sepinggan je kan? :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: