seismik

"Terhuyung-Hayang" - Ramai Kagum Lihat Perkongsian Situasi Solat Tarawih Atas Kapal Ini

Bukan senang nak imbangkan badan tu.

Cover image via @popeyeee1234 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap kali tibanya bulan Ramadan, solat tarawih adalah ibadah yang paling dinantikan oleh umat Islam

Walaupun hukum menunaikan solat tarawih adalah sunat, namun ramai yang tidak mahu ketinggalan untuk merebut pahala berganda di bulan yang mulia ini.

Lain pula dengan situasi yang dikongsi oleh seorang individu ini apabila sekumpulan jemaah lelaki menunaikan solat tarawih di atas kapal dalam keadaan terhuyung-hayang telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Gigih imbang badan sambil solat gara-gara kapal dilambung ombak

Menerusi perkongsian klip berdurasi 15 saat daripada @popeyeee1234, kelihatan jemaah lelaki tersebut sedang solat tarawih bersama-sama di atas sebuah kapal.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila mereka dilihat terhuyung-hayang ke depan dan ke belakang supaya tidak terjatuh semasa solat.

Hal itu berlaku kerana mereka terpaksa mengawal graviti badan kerana kapal yang dinaiki sedang dilambung ombak kuat. Meskipun situasi itu kelihatan sangat sukar, mereka tetap meneruskan ibadah membuatkan ramai kagum.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mencecah sehingga 13M tontonan, 1.3M tanda suka serta 103K perkongsian di laman TikTok

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet kagum melihat cara mereka solat dalam keadaan seperti itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Bagusnya diaorang, masih tak lupa tanggungjawab wajib walaupun keadaan tak mengizinkan. Terbaiklah!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: