Guna 'Tong Sampah' Untuk Celup Ayam Percik, Ramai Tak Setuju Dengan Cara Peniaga Bazar Ini
Apa pendapat anda?
Sebagai seorang peniaga lebih-lebih lagi di bazar Ramadan, kebersihan gerai dan makanan haruslah dijaga supaya pelanggan pun selesa nak membeli
Kadangkala, makanan yang dijual memang nampak menarik. Namun, bila kebersihan gerai atau cara penyediaan makanan tersebut tidak dijaga dengan betul, ia boleh menjejaskan perniagaan juga.
Tular baru-baru ini sebuah video memaparkan seorang peniaga di bazar Ramadan yang menjual ayam percik dalam tong sampah hitam telah mengundang bualan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Celup ayam percik dalam tong sampah
Menerusi perkongsian video daripada @halalfoodie, kelihatan peniaga itu sedang menyediakan juadah ayam percik yang dijual di gerainya.
Tidak dinafikan, ayam percik itu kelihatan sangat menyelerakan. Walau bagaimanapun, cara penyediaannya kurang menarik minat orang ramai apabila dia menggunakan tong sampah sebagai tempat isi sos perapan ayam percik tersebut.
Dia dilihat mencelup ayam ke dalam sos perapan itu sebelum membakarnya di atas dapur arang. Cara penyediaan makanan tersebut membuatkan netizen terkejut kerana kurang menitikberatkan tentang kebersihan.
"Tukar tong bang, pakai tong yang isi nasi tu lagi better sebab tahan panas" - Netizen
Ikutan tularnya video itu yang kini telah meraih 899.4K views, 14.9K likes dan 851 shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut meluahkan pendapat masing-masing mengenai cara penyediaan ayam percik itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!