seismik

7 Kuih Raya Legend Ini Hampir 'Pupus', Kalau Dapat Makan Memang Auto Teringat Zaman Kecil!

Sedapnya kuih raya.

Cover image via RASA , Asian Inspirations , Mingguan Wanita

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pejam celik pejam celik, berapa hari je lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri

Masa berlalu dengan sangat pantas kan zaman sekarang? Kalau masa kecil dulu, bulan Ramadan akan menjadi waktu yang sangat lama dan memang mencabar keimanan kita untuk menahan lapar serta dahaga.

Setiap hari akan mengira hari bila akan raya kerana tidak sabar untuk berkumpul dengan sanak saudara di kampung. Semasa bulan puasalah kita akan membuat pelbagai jenis kuih raya untuk dijamu waktu orang datang beraya ke rumah.

Akan tetapi, terdapat beberapa jenis kuih raya yang semakin 'pupus' dan jarang sekali kita lihat dihidangkan sewaktu raya Aidilfitri. Mungkin kerana masa yang terhad dan terlalu sibuk dengan urusan kerja harian telah menjadikan ia tidak lagi dibuat sendiri.

Jom kita lihat antara kuih raya yang kian pupus di bawah:

1. Biskut sampan

Image via RASA

Biskut lejen ini memang sudah jarang dibuat dan sukar untuk dijumpai walaupun di kedai-kedai menjual kuih raya. Masa kecil dulu, sebelum makan biskut ini mesti sempat main pusing-pusing sampan atas meja dulu.

2. Biskut Mama Carey

Image via Mingguan Wanita

Biskut ini sangat terkenal pada hari raya sejak dulu lagi. Kalau pergi beraya di rumah jiran, tak sah kalau tak ada Mama Carey. Cuma kini ia kurang dilakukan kerana proses pembuatan yang rumit dan memerlukan masa yang lama. Tapi kalau dapat makan ni, nikmatnya!

3. Biskut dam

Siapa je tak pernah makan biskut dam masa kecil dulu kan? Rasanya yang enak dan rangup memang boleh buat kita menambah-nambah tanpa sedar. Ada juga yang suka makan biskut ini dengan cara gigit sedikit demi sedikit mengikut warna coklat dan putih.

4. Kuih putu kacang

Image via VITDAILY

Kuih putu kacang kebiasaannya menggunakan kacang hijau sebagai bahan asas. Sejak dulu, ia bukan saja terkenal dalam kalangan masyarakat Cina, tetapi ia juga dibuat oleh masyarakat Melayu. Namun, kini sudah jarang kita jumpa putu kacang di kedai yang menjual kuih raya.

5. Kuih buah rotan

Image via RASA

Buah rotan merupakan kuih tradisional masyarakat Melayu sejak berpuluh tahun yang dulu. Bahan utama yang digunakan untuk membuat buah rotan ini hanya tepung pulut dan telur. Buah rotan ini memang sedap dijadikan sebagai kudapan semasa beraya. Rangup!

6. Biskut suji

Biskut suji mempunyai tekstur yang sangat lembut dan rapuh. Ia menjadi kegemaran kanak-kanak kerana mudah cair di dalam mulut. Teringat zaman kanak-kanak dulu, setiap kali pergi beraya rumah saudara mara, mesti ada biskut suji terhidang atas meja betul tak? Tahu-tahu dah licin sebalang.

7. Batang buruk

Image via RASA

Nama unik dan rasanya yang menarik membuatkan batang buruk juga merupakan antara kuih raya tradisional yang popular sejak dulu. Nak kata kuih ini sudah pupus, tidak juga, Masih ada yang menjual batang buruk ini, cuma nak dapatkan rasa yang sedap macam dulu-dulu memang susah.

Kuih raya apa lagi yang korang paling rindu nak makan tapi dah susah nak jumpa sekarang?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: