seismik

[VIDEO] Bila Raya Rumah Family Ayah VS. Mak, Gelagat Remaja Ini Buat Ramai Dapat Relate

Setuju tak guys?

Cover image via @amirthemermanofficial (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Memandangkan kita baru saja menyambut Hari Raya Aidiladha dan tidak dapat pulang ke kampung berjumpa sanak saudara, sudah pasti kita rindukan telatah setiap seorang daripada mereka bukan?

Selalunya, hari rayalah yang paling ditunggu-tunggu setiap tahun untuk kita gather bersama keluarga besar tidak kiralah belah ayah ataupun mak.

Namun, lain pula yang dengan sebuah video tular di TikTok ini apabila gelagat sekumpulan remaja ini melakonkan perbezaan apabila beraya dengan keluarga belah ayah vs. mak mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tunjuk beza bila beraya rumah family ayah dengan mak, rupa-rupanya ramai boleh relate

Menerusi video yang dimuat naik oleh @amirthemermanofficial, kelihatan dia dan adik-beradiknya itu menunjukkan kelakuan mereka apabila beraya di rumah keluarga belah ayah dan mak mereka.

Apa yang menghiburkan adalah apabila mereka dilihat sangat bersopan santun apabila beraya belah ayah. Tetapi, lain pula kelakuan mereka apabila beraya belah mak kerana semuanya dilihat menunjukkan perangai sebenar dan buat hal masing-masing. Senang cerita huru-hara lah.

Ternyata, ramai yang setuju dengan video tersebut kerana kebanyakan daripada kita sememangnya berbeza apabila beraya di rumah belah ayah dan mak.

"Hahaha betul, beraya rumah belah ayah duduk sopan. Belah mak buat macam rumah sendiri terbongkang" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 321.8K tontonan, 15.7K tanda suka dan 1.3K perkongsian di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut bersetuju dengan geng remaja itu. Tetapi, ada juga yang terbalik dengan situasi mereka.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Korang pula macam mana? Mesti rindu nak jumpa cousin semua time raya kan? :(

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: