seismik

"Pun Boleh" - Mamak Tolong Jaga Anak Masa Tengah Makan, Video Wanita Ini Raih Perhatian

Comel lah!

Cover image via @eijaaaazmi (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, kedai mamak merupakan port lepak yang paling digemari ramai

Selain daripada waktu operasinya 24 jam, kedai mamak juga menghidangkan makanan dengan cepat dan mempunyai pelbagai variasi menu.

Kita sudah sedia maklum, pekerja kedai mamak selalunya ramai yang peramah dan suka bersembang bukan?

Namun, lain pula dengan video yang tular ini apabila seorang 'aney' kedai mamak siap tolong jaga anak pelanggan telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@eijaaaazmi

Mamak pun boleh, senang mummy nak makan roti canai

Mamak Rap - Jiven Sekar

Baik tolong jaga anak customer siap bawa pusing satu kedai

Menerusi video yang dimuat naik oleh @eijaaaazmi, kelihatan 'aney' kedai mamak itu sedang mendukung seorang bayi perempuan semasa dia sedang bekerja.

Apa yang mencuit hati adalah apabila dia seronok mendukung dan membawa bayi itu ke hulur ke hilir dengan membawa makanan pelanggan di tangan sebelah kanannya.

Pekerja kedai mamak yang lain juga turut dilihat mesra kanak-kanak dan menegur bayi itu. Si perakam yang merupakan ibunya sempat berseloroh dan berkata "mamak pun boleh, senang mummy nak makan roti canai,".

"Mungkin dia ada anak kecik dekat kampung, rindu agaknya" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 302.6K views, 26.3K likes dan 640 shares di TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat 'aney' itu yang menganggap bayi itu seperti anaknya sendiri. Ada juga yang berkata mungkin dia rindukan anaknya di kampung halaman.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Baby tu pun elok je dia tak takut orang ya, so cute! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: