seismik

[VIDEO] Mengantuk Sangat, Gelagat Bayi Tertidur Dalam Troli Di Pasar Raya Ini Mencuit Hati

Alololo penat puasa ke dik.

Cover image via @azuraarosman06 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya, ibu bapa yang membawa anak kecil ke pasar raya akan mendukung mereka atau meletakkan dalam stroller

Kalau anak dah besar sikit, mereka akan duduk di bahagian pemegang troli pasar raya itu. Namun, ada juga yang meletakkan anak mereka di dalam troli kecil.

Baru-baru ini, sebuah video comel memaparkan gelagat seorang bayi lelaki tertidur di dalam troli ketika ibunya membeli-belah telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Penat teman ibu beli barang dapur sampai tertidur

Menerusi video yang dimuat naik oleh @azuraarosman06, kelihatan anaknya itu sedang duduk di dalam troli pasar raya sambil menunggu dia membeli barangan dapur.

Apa yang membuatkan si ibu terhibur adalah apabila anaknya tiba-tiba terlelap kepenatan. Apabila ditegur, dia seperti mamai dan matanya kelihatan kuyu. Gelagatnya itu ternyata membuatkan ramai orang geram kerana comel sangat.

"Ni kalau scan, barcode kat mana? Geram je" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih sebanyak 286.6K views, 51.7K likes dan 5.8K shares di laman TikTok.

Rata-rata netizen turut memuji kecomelan dan gelagat bayi tersebut yang terlelap kepenatan. Malah, ada yang sempat berseloroh ingin membelinya daripada si ibu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Macam seronok pula tengok dia tidur dalam troli tu. Comel!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: