seismik

“Michael Jackson Malaysia” - Cara Nyanyian Penyanyi Busker Ini Raih Lebih 9 Juta Tontonan

Suara sedap, pandai entertain pula tu!

Cover image via @trissyngates (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menjadi seorang penghibur jalanan atau pun busker mungkin nampak mudah di mata orang lain, hakikatnya kerjaya itu memerlukan konfiden yang tinggi

Iyalah, bukan semua orang boleh menyanyi sambil menghiburkan penonton awam kan?

Kebanyakan busker di jalanan yang kita sering lihat pasti pandai mencuri tumpuan orang di sekeliling mereka supaya berhenti dan mendengar lagu yang dinyanyikan.

Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini apabila seorang lelaki membawa gaya ala-ala Michael Jackson di Bukit Bintang telah mencuri perhatian warganet.

Lihat video itu di bawah:

Nyanyi lagu Singkong Dan Keju, tapi lincah menari macam Michael Jackson

Menerusi klip berdurasi 3 minit 24 saat itu, kelihatan sebuah band busker sedang membuat persembahan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Apa yang meraih perhatian ramai adalah apabila penyanyi vokalis kumpulan itu dilihat sangat lincah dan bertenaga untuk menghiburkan para penonton yang ada di situ.

Dia yang memakai kemeja putih dan seluar hitam itu siap menari seperti Michael Jackson dan sempat belanja ‘moon walk’. Malah, suaranya juga sedap dan pandai membawa banyak genre lagu.

"Penghibur hebat, aku bagi 10/10!" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sehingga 9.1M tontonan, 598.3K tanda suka serta 25.2K perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut memuji bakat penyanyi tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Ini baru betul satu Bukit Bintang kenal kau bang! :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: