Mencarut Lepas Kena Hon Bawa Kereta Tak Betul, Mak Cik Proton Persona Ini Cetus Kecaman
Eh, orang lain pula kena?
Sebagai pengguna jalan raya yang berhemah, kita perlulah sentiasa berwaspada dengan pemandu kenderaan lain
Sekiranya kesalahan ketika memandu itu datang daripada kita, kita tidak seharusnya menyalahkan orang lain.
Sebagai contoh, kalau kita mengantuk semasa tengah drive dan tidak sedar kereta terhuyung-hayang, mungkin kereta di belakang akan membunyikan hon tanda untuk sedarkan kita.
Namun, lain pula yang berlaku dalam sebuah video tular ini apabila seorang wanita bertindak mencarut kepada kereta di belakangnya gara-gara dihon.
Lihat video itu di bawah:
Jerit "babi" lepas dihon beberapa kali
Menerusi perkongsian rakaman berdurasi 17 saat daripada @AsyrafRosli_, kelihatan si pemandu kereta Proton Persona berwarna hitam itu membawa kenderaan dalam keadaan terhuyung-hayang sambil memberi signal ke kiri.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia dihon beberapa kali oleh kereta di belakangnya yang naik angin dengan caranya memandu kereta itu.
Namun, lebih mengejutkan adalah apabila mereka memotong keretanya, dia dilihat spontan menurunkan tingkap dan menjerit "babi!" ke arah kereta si perakam.
"Selamat tak ada nombor plat, kalau tak memang teruk kena kecam" - Netizen
Susulan tularnya klip tersebut yang kini telah meraih 476.2K views, 498 retweets dan 821 likes di Twitter, rata-rata netizen turut mengecam tindakan wanita itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!