seismik

"20 Lawan Satu" - Gelagat Satu Dorm Jerit & Lari Bila Nampak Tikus Ini Buat Ramai Terhibur

Keluar suara sebenar ya.

Cover image via @hlmndnish (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap orang pasti mempunyai rasa takut akan sesuatu tidak kiralah haiwan atau benda betul tak?

Tapi kalau cakap tentang takut atau fobia dengan haiwan, memang ramai yang akan petik nama tikus, lipas, cicak, ular, dan katak. Lima haiwan ini memang ramai yang tak suka. Betul tak?

Kalau terjumpa di mana-mana confirm lari tak cukup tanah, Bukan perempuan je, lelaki pun ramai yang takut haiwan tau.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan sekumpulan budak asrama lelaki menjerit dan berlari gara-gara ternampak tikus dalam dorm mereka telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Semua pakat lompat dan jerit macam perempuan, cuak nampak tikus dalam dorm

Menerusi video yang dimuat naik oleh @hlmndnish, kelihatan geng lelaki itu sedang berada di dalam dorm asrama mereka. 

Apa yang membuatkan mereka terkejut adalah apabila tiba-tiba dorm itu dimasuki seekor tikus. Dapat dilihat beberapa orang remaja itu berusaha untuk menghalau tikus tersebut sambil diperhatikan oleh rakan-rakan yang lain di atas katil.

Lebih menghiburkan, hampir semua remaja lelaki itu menjerit ketakutan melompat sebaik saja melihat tikus itu bergerak keliling dorm mereka. Malah, ada yang menjerit sehingga terkeluar suara macam perempuan.

"Ni aspura ke aspuri? Tikus pun confuse dia dalam asrama ke dalam zoo haha" - Warganet

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mencecah sehingga 1.4M tontonan, 217.3K tanda suka serta 21.4K perkongsian, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat geng aspura itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet diTikTok:

Kelakarlah masing-masing, kalau awek tengok malu ni :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: