seismik

"Tahan Lasak" - Geng Lelaki Test Kualiti Baju Melayu Sambil Menari Ini Buat Ramai Kagum

"Mantap! Tak perlu marketing juta-juta" - Netizen.

Cover image via @hafizahnurislam (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sedar tak sedar, hari raya Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi

Pelbagai persiapan raya seperti menghias rumah, membeli mercun, baju raya sedondon dengan keluarga telah dibuat.

Pelbagai jenama lokal yang menjual baju Melayu juga dilihat menggunakan macam-macam cara marketing untuk mempromosikan produk mereka.

Salah satunya jenama baju Melayu ini yang membuat promosi dengan tarian oleh geng lelaki telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Siap buat breakdance depan booth untuk tarik minat pelanggan

Menerusi perkongsian video daripada @hafizahnurislam, kelihatan beberapa orang lelaki daripada kumpulan The Zeppo Youngsterz menari di depan booth baju Melayu jenama Feeq di sebuah festival jualan raya.

Apa yang menarik minat ramai adalah baju Melayu yang dipakai oleh mereka dilihat sangat selesa dan berkualiti. Tujuan mereka menari dan siap buat breakdance adalah dikatakan untuk menguji ketahanan kain baju Melayu jenama Feeq tersebut.

Bukan saja breakdance, malah terdapat juga beberapa tarian lain seperti zapin moden turut menjadi tumpuan para pelanggan yang lalu lalang di situ.

"Terbaik, pandai diaorang menarik perhatian pembeli nak buktikan baju diaorang memang tahan lasak" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 494.9K views, 35.6K likes dan 2.6K shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum dengan marketing baju Melayu Feeq yang pandai menarik minat pembeli. Malah, ramai yang sudah beli dan mengatakan baju Melayu itu memang berkualiti dan berbaloi.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kalau macam ni dia punya marketing, barulah pelanggan konfiden nak beli. Terbaiklah!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: