seismik

Tular Dengan Formasi Dron Terbanyak, Bulan Bintang Tersenarai Di Malaysia Book of Records

Memang wow lah!

Cover image via @remaja.my (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti yang kita tahu, baru-baru ini terdapat banyak jenama lokal fesyen di Malaysia yang sudah mula mempromosikan baju raya mereka

Antara jenama lokal yang popular dan sentiasa mendapat sambutan hangat dalam kalangan rakyat di Malaysia adalah Hijabistahub, Mimpi Kita, Qiszar, Anaabu, Bulan Bintang dan macam-macam lagi.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video pertunjukan fesyen jenama Bulan Bintang yang tampil dengan persembahan formasi dron terbanyak di Malaysia telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@remaja.my

MEMANG WOW! Sempena pertunjukan fesyen Raya2023, #BulanBintang mencipta rekod di Menara KL apabila menjadi satu-satunya jenama lokal Malaysia yang mempertontonkan pertunjukan dron terbanyak sehingga berjaya tersenarai di Malaysia Book of Records. Formasi dron yang diterbangkan juga membawa satu kisah perjalanan Bulan Bintang sejak dari mula jenama ini bertapak. Tak sia-sia Azzim belanjakan RM2 juta untuk bawa team dari United Kingdom bagi persembahan dron ini. #majalahremaja #remajanews #bulanbintanghq #bulanbintang2023 #fyp #fypage #fypviral

original sound - Remaja - Remaja

Kos cecah RM2 juta, bawa team dari United Kingdom untuk persembahan dron

Menerusi perkongsian video daripada @remaja.my, kelihatan pertunjukan fesyen Bulan Bintang Takes The Sky itu telah diadakan di Menara Kuala Lumpur.

Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila founder Bulan Bintang iaitu Azzim Zahid Azmi membuat kejutan kepada orang ramai dengan menampilkan persembahan dron di udara yang menceritakan perjalanan bisnesnya sejak lapan tahun lalu.

Lebih menarik perhatian, Bulan Bintang mencipta rekod di Menara KL apabila menjadi satu-satunya jenama lokal Malaysia yang mempertontonkan pertunjukan dron terbanyak sehingga berjaya tersenarai di Malaysia Book of Records.

Image via Utusan Malaysia

"Hebat marketing founder Bulan Bintang ni. Our local brand fly to another level!" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 442.3K tontonan, 36.9K tanda suka serta 700 perkongsian di laman TikTok. 

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum dengan pencapaian anak muda sehebat pengasas Bulan Bintang yang berani melakukan pertunjukan fesyen 'out of the box'.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kalau macam inilah level marketing dia, Bulan Bintang memang layak masuk dalam Malaysia Book of Records. Bangga tengok jenama lokal kita sehebat ni!

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: