seismik

Tawar Biasiswa Sebanyak RM4.3 Juta, Ms Puiyi Nak Bantu Pelajar Yang Tidak Berkemampuan

Wow, banyak tu!

Cover image via MS PUIYI (Facebook)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, model dan selebriti Malaysia, Ms Puiyi telah mengumumkan dana biasiswa untuk membantu pelajar yang tidak berkemampuan menyambung belajar

Menerusi posting di laman Instagramnya, Ms Puiyi berkata bahawa dia tidak pernah diberi peluang untuk memenuhi impiannya untuk menjadi pakar bedah disebabkan masalah kewangan dulu.

Disebabkan itu, dia berkata bahawa dia gembira dan bangga dapat membantu mereka yang memerlukan untuk mengejar impian yang belum tercapai.

Setiap pelajar akan diperuntukkan USD$1000 (RM4,384) untuk mengikuti mana-mana bidang akademik

Dana Biasiswa Ms Puiyi merupakan usaha bersama Yayasan Educapital yang akan menawarkan sejumlah USD$1 juta (RM4,384,000) kepada pelajar kurang berkemampuan dari seluruh dunia yang ingin menyambung pengajian mereka.

“Sebagai seorang gadis yang berasal dari latar belakang yang kurang bernasib baik, saya sentiasa berharap agar saya mendapat bantuan kewangan tambahan supaya saya dapat melanjutkan pelajaran"

“Kini saya mampu untuk membuat perubahan, jadi saya ingin memberi kembali kepada masyarakat dengan memulakan biasiswa ini kepada pelajar yang paling memerlukannya,” katanya.

Wah, tunggu apa lagi guys? Pemohon yang berminat boleh menghantar borang ke laman web ini. Good luck!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: