seismik

Bekas Pemain Badminton Malaysia Keluar Kenyataan Berbaur Rasis Undang Kecaman Ramai

Tak perlu kot nak sentuh isu perkauman ni.

Cover image via @AhboyBadminton (Twitter)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, seorang bekas pemain badminton negara dikatakan telah dikecam netizen gara-gara mengeluarkan kenyataan berbaur rasis di media sosialnya

Guan Yik yang kini merupakan jurulatih di China telah bertindak mengkritik Badminton Association of Malaysia (BAM) dan memainkan isu rasis.

Menurut sumber, bekas pemain itu mendakwa bahawa segala kekacauan prestasi yang terjadi kepada pemain negara berpunca daripada pengurusan BAM.

Menurutnya, layanan tidak adil BAM kepada pemain, terlalu memberi fokus kepada Datuk Lee Chong Wei dan meletakkan semua sumber kepada pemain nombor satu negara serta tidak menumpukan pembangunan pemain muda adalah antara sebab mengapa pemain negara kini kurang menonjol.

Sentuh soal bangsa agama Islam buat ramai kecam

Selain daripada mengkritik pemain negara kurang menyerlah dari segi prestasi dan kurang berkemampuan untuk bersaing dengan pemain dari negara lain, Guan Yik juga dikecam kerana telah menyentuh isu bangsa dan agama.

"Diri sendiri tak bagus nak salahkan orang lain, kasi cermin diri sendiri. Duduk dekat China boleh la cakap macam ni. Ini mesti kena reject dengan BAM dulu sebab tu lari pergi China jadi coach budak tadika" - Netizen

Susulan tularnya video itu di Twitter yang kini telah mendapat 190.3K views, 250 likes dan 192 quote tweets, rata-rata netizen turut tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Guan Yik itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Dalam perkembangan lain, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh juga turut tampil memberi kenyatan dan menyelar perbuatan bekas pemain BAM itu

Berikut adalah kenyatan penuh yang dimuat naik oleh Hannah Yeoh di laman rasmi Facebook beliau:

Semoga ada tindakan dikenakan dekat dia. Sebelum cakap apa-apa lebih baik fikir dulu :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: