5 Sabun Pencuci Ini Selamat Digunakan Untuk Basuh Botol Susu Bayi, Harga Pun Murah!
Jangan ambil yang ada bau selain natural ya.
Tidak dinafikan, mungkin ada di antara ibu bapa yang kurang menitikberatkan tentang penjagaan botol susu bayi
Selain daripada menggunakan sterilizer, sabun botol juga perlu dipilih dengan betul supaya tidak membahayakan bayi.
Tahukah anda, sebenarnya ada beberapa jenis sabun basuh pinggan yang selamat digunakan untuk mencuci botol bayi tau. Dekat botolnya juga sudah tertera suitable for children's dishes.
Jadi, nak tahu apa sabun yang sesuai untuk mencuci botol susu bayi anda? Jom lihat di bawah:
1. Sunlight Extra Nature Mineral Salt & Aloe Vera
Harga sebotol sabun Sunlight ini tidak sampai RM7. Murah kan? Ia juga tidak ada perisa dan bau. Jadi, ia selamat digunakan untuk mencuci botol susu anak anda. Untuk kepastian, anda boleh lihat terdapat nota 'suitable for children and babies' pada packaging. Oh ya, kalau nak lebih jimat, anda boleh juga cari pack refill macam ini:
2. Glo Pure & Clear Aloe Vera
Sabun ini pun ditulis 'safe for children's dishes' di bahagian atas botol. Maksudnya, sesuailah digunakan untuk basuh botol bayi. Harganya pula hanya RM7 untuk 900ml.
3. Good Maid Bio Concentrated Vege Wash
Kalau anda tak jumpa dua sabun tadi, boleh guna sabun ini. Ia sesuai untuk vegetable wash dan botol bayi. Tetapi, harganya sedikit mahal berbanding Sunlight dan Glo. Lebih kurang RM10. Tetapi masih berbaloi!
4. Cute & Care Liquid Cleanser
Sabun ini adalah produk keluaran Lotus Tesco dan memang khas untuk penjagaan barangan bayi. Ia juga menjadi pilihan ramai kerana kualitinya yang bagus dan berbaloi. Ada boleh dapatkan di mana-mana cawangan Tesco yang berdekatan.
5. Pureen Liquid Cleanser
Produk Pureen ini memang sudah lama ada di pasaran. Ia dijual dalam botol dan jugak pack refill. Untuk elakkan botol susu bayi berbau, lebih baik anda memilih sabun yang no flavour. And boleh dapatkannya di mana-mana pusat beli-belah bahagian bayi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!