seismik

Naikkan Selera Si Kecil Dengan Hanya Guna 3 Bahan, Ini Cara Mudah Untuk Buat 'Mirepoix'

Boleh buat banyak-banyak lepas tu jadikan stok dalam peti ais.

Cover image via Southern Living & The Mechanic Cooks

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Apabila anak kurang selera makan, ibu bapa pasti risau dan memikirkan macam-macam cara untuk menaikkan semula selera mereka bukan?

Kebiasaannya, bayi akan melalui fasa kurang selera makan ini apabila mereka ingin tumbuh gigi atau asyik seronok bermain saja.

Kalau ia tidak mengambil tempoh yang lama, tidak mengapa. Namun, ibu bapa perlu khuatir jika anak kurang selera makan sehingga berminggu-minggu.

Kali ini, kami akan kongsikan salah satu cara untuk menaikkan semula selera makan si kecil iaitu memasukkan mirepoix ke dalam makanan

Ia adalah perasa aromatik yang disediakan dengan hanya tiga bahan iaitu bawang Holland, daun saderi dan lobak merah. Bahan penyedap ini sesuai diletakkan dalam bubur, sup, kuah pasta atau stew.

Jom lihat cara memasaknya di bawah:

1. Potong kiub bawang, daun saderi dan lobak merah

Image via Serious Eats

2. Tumis ketiga-tiga bahan dengan minyak zaitun atau unsalted butter sehingga naik bau dan sedikit layu

3. Kisar sehingga halus menggunakan blender atau food processor bayi

Image via Simpy Noorul

4. Letak dalam bekas makanan silikon dan simpan di dalam freezer supaya tahan lama

Image via Simply Noorul

Dah siap mirepoix kita! Lepas ni kalau nak masak lauk anak letak je satu kiub dalam setiap masakan. Confirm anak makan makan dengan lebih berselera lepas ni. Selamat mencuba! :)

Image via Tenor

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: