seismik

"Serba Boleh" - Nyanyi Medley Lagu-Lagu AJL 37, Peminat Puji Suara Datuk Alha Alfa Sedap

Wah, not bad suara Datuk!

Cover image via @alhaalfaofficial (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pentas Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL 37) baru saja melabuhkan tirainya semalam, 12 Februari 2023

Seperti mana yang dijangka oleh ramai orang, Aina Abdul berjaya merangkul gelaran juara AJL 37 kali ini dan juga memenangi kategori vokal terbaik dengan membawa pulang trofi serta wang tunai RM100,000.

Selain itu, penaja utama iaitu Datuk Alha Alfa juga telah mencuri tumpuan ramai baru-baru ini selepas cubaannya menyanyikan lagu-lagu finalis AJL 37 membuatkan para peminat terpegun.

Lihat video penuh itu di bawah:

Nyanyi 12 lagu yang bertanding di AJL 37, ramai pula puji kata sedap

Menerusi video yang dimuat naik oleh @alhaalfaofficial, kelihatan dia menyanyikan kesemua lagu-lagu tersebut bersama Yuka Kharisma.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila suaranya kedengaran sedap dan ramai berpendapat Datuk Alha Alfa boleh pergi jauh dalam bidang nyanyian.

Datuk Alha Alfa juga turut memuat naik medley AJL37 tersebut versi penuh di akaun rasmi YouTubenya.

"Wah pandai nyanyi rupanya. Silap-silap Alha Alfa ni peserta masked singer. Ada clue kata pandai solek. " - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 119.5K tontonan, 4.3K tanda suka serta 107 perkongsian di laman TikTok.

Rata-rata netizen turut memuji kemerduan suara Datuk Alha Alfa dan meminta supaya dia meneruskan minatnya itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mantaplah Datuk. Muka handsome, suara sedap. Full package :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: