seismik

[VIDEO] Suami Confident Beli Baju Raya Anak, Sekali Bila Bagi Pakai Lain Pula Jadinya

Ala comelnya dia!

Cover image via @family_syed (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi yang mempunyai anak perempuan masih kecil, sudah tentu ibu akan teruja untuk membelikan pakaian untuk mereka

Tambahan lagi bila beli baju raya, semuanya comel-comel belaka sampai rambang mata tak tahu nak beli yang mana satu.

Selalunya, memang si ibu yang akan memilih baju raya untuk anak perempuan mereka. Tetapi, kali ini lain pula kisahnya.

Tular sebuah video baru-baru ini memaparkan seorang bayi perempuan memakai baju raya yang dibeli oleh ayahnya telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

@family_syed Bila bapak confident beli baju raya anak. Ni baju raya baby ke baju raya kucing #bajuraya2023 #fyp #bajuanak #bajucroptop #viral #modelbaby Ngopi Maszeh - Happy Asmara

Baju kecil sangat sampai terkeluar perut, anak pun pasrah pakai baju raya yang ayah beli

Menerusi video yang dimuat naik oleh @family_syed, kelihatan bayi yang comel itu memakai sepasang baju kebaya berwarna hitam yang dibeli oleh ayahnya.

Apa yang mencuit hati ramai adalah baju yang dipakainya itu terlalu kecil dan sendat sehingga perutnya terkeluar ke depan.

Lebih melucukan, reaksi muka bayi itu yang seolah-olah pasrah turut menghiburkan si ibu yang merakamnya.

"Bila bapak confident beli baju raya anak. Ni baju raya baby ke baju raya kucing?" katanya.

"Hahaha cekci perut anak tu, bapaknya pun" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 145.6K views, 6K likes dan 1.8K shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat baju raya bayi itu yang sendat dan seksi.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Mesti ayah dia tengok baju cantik terus capai je, tak terfikir muat ke tak :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: