seismik

Mak Senyap-Senyap Datang Sekolah Stalk Anak, Reaksi Budak Terkejut Ini Pula Mencuit Hati

Muka pelik tengok mommy dia tiba-tiba ada dekat kantin.

Cover image via @didyyusoff (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pada hari pertama persekolahan, ibu dan ayah mesti akan merasa sedikit sebak semasa menghantar mereka ke sekolah

Iyalah, anak yang dulunya kecil dan comel kini sudah pandai berdikari dan berkawan sendiri seawal usia tujuh tahun.

Sudah tentu dalam hati ada juga terselit kerisauan dan terfikir adakah mereka baik-baik saja di dalam kelas dan semasa waktu rehat di kantin.

Berbeza dengan situasi ini apabila seorang wanita datang ke sekolah senyap-senyap semasa anaknya sedang rehat di kantin telah mencuri perhatian warganet.

Lihat video penuh itu di bawah:

@didyyusoff

M0my jadi mamarazzi..stalk anak dekat sekolah..m0my ckp kene pegi keje & xleh teman die first day sekolah.. elok die jage diri .. #tahun12023 #firstdayofschool #fyp #foryoupage

original sound - DidyYusoff - DidyYusoff

Anak terkejut bila nampak ibu dekat kantin

Menerusi video yang dimuat naik oleh @didyyusoff, kelihatan anak wanita itu sedang menikmati makanan di kantin sekolah bersama kawannya semasa waktu rehat.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia menghendap anaknya secara diam-diam dari jauh kerana ingin melihat keadaan si anak pandai membawa diri atau tidak.

Kelihatan budak perempuan itu sangat pandai berdikari dan makan dengan elok saja. Namun, apa yang mencuit hati adalah apabila dia ternampak ibunya sedang merakam, dia spontan bertanya "aik, bukan mommy pergi kerja ke?" berulang kali.

"Habis kantoi akak tak pergi kerja haha. Nampak budak bijak ni. Semoga rajin pergi sekolah adik!" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 1.1M views, 72.6K likes dan 1.9K shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat reaksi comel budak perempuan itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Comel je reaksi dia, sebenarnya dalam hati memang tertunggu-tunggu mommy tu kan :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: