seismik

[VIDEO] Kongsi Rutin Hari Jumaat, Ramai Pula Sebak Lihat Cara Lelaki Ini Hargai Si Ayah

Video yang simple tapi bermakna.

Cover image via @festore13 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ayah merupakan cinta pertama bagi anak-anak terutamanya anak perempuan

Walaupun kita semua dibesarkan dengan sikap tegas ayah, namun kasih sayang mereka sebenarnya sangat tinggi. Cuma mereka tak tunjuk saja.

Sebagai anak, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa menjaga ibu bapa sehingga ke akhir hayat mereka.

Baru-baru ini, tular pula sebuah rakaman memaparkan seorang lelaki berkongsi rutin hari Jumaat bersama ayahnya telah menyentuh hati netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Cukur rambut dan ketip kuku ayah, siap bergurau senda

Menerusi video yang dimuat naik oleh @festore13, kelihatan lelaki itu sedang berada di luar rumah bersama ayahnya. Dia dilihat berkongsi rutin setiap hari Jumaat bersama si ayah iaitu mencukur rambut dan mengetip kuku.

Apa yang membuatkan ramai tersentuh adalah apabila anak-beranak itu dilihat bergurau senda dan mempunyai hubungan yang sangat akrab.

Macam-macam yang mereka borak dan cara lelaki itu melayan ayahnya membuatkan ramai sebak dan teringat arwah ayah mereka.

"Bersyukur ayah abang dapat anak macam abang ni, semoga ayah abang panjang umur" - Netizen

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Seronok kalau ayah kita jenis yang boleh bawa gurau dan borak ni. Semoga pak cik sentiasa sihat dan panjang umur! <3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: