seismik

"Boleh Jadi Atlet Dik" - Cara Budak Perempuan Turun Gelongsor Ini Buat Ramai Terkejut

Power dik!

Cover image via @baby.lovee01 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Membawa anak ke taman permainan adalah aktiviti yang sering dilakukan oleh ibu bapa

Kanak-kanak memang suka bermain dan ia juga bagus untuk tumbesaran mereka. Walau bagaimanapun, keselamatan mereka juga harus dipantau semasa bermain supaya tidak terjadi perkara buruk.

Namun, lain pula dengan insiden dalam video ini apabila cara seorang budak perempuan turun dari gelongsor di taman telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

Turun gelongsor laju sangat, sampai bawah terus berdiri

Menerusi video yang dimuat naik oleh @baby.lovee01, kelihatan beberapa orang kanak-kanak sedang bermain di taman permainan indoor tersebut.

Apa yang mencuri perhatian adalah apabila tiba-tiba muncul seorang budak perempuan turun dengan lajunya dari gelongsor dan mendarat dengan cara yang unik.

Selalunya setiap kali turun dari gelongsor, kita akan terus terduduk di lantai. Tetapi, budak perempuan itu dilihat terus berdiri sebaik saja tiba di bawah. Situasi itu membuatkan si perakam terus tergelak kerana terkejut dengan cara budak itu landing.

"Dia pun macam tak percaya je landing macam tu. Ingat dah ke alam lain, haha" - Netizen

Ikutan tularnya video berkenaan, kini ia meraih sebanyak 3.3M views, 352.9K likes dan 39.7K shares di TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat cara budak perempuan itu bermain gelongsor. Malah, ada yang berkata mungkin dia juga tidak menyangka ia akan menjadi sebegitu rupa.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Muka adik tu pun terkejut, tak sangka dia boleh landing dengan smooth! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: