seismik

Baru Ambil Anak Buah Balik Sekolah Sekali Hujan Lebat, Tindakan Pak Cik Buat Ramai Ketawa

Bernafas ke tak budak tu? Haha.

Cover image via @syamerrkun (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya, budak-budak yang balik dari sekolah akan dijemput oleh ibu bapa atau bas sekolah

Jarang kita lihat pak cik atau mak cik yang menjemput mereka balik dari sekolah melainkan memang mereka mempunyai hubungan yang sangat rapat.

Seperti sebuah video yang tular ini apabila seorang lelaki mengambil anak buahnya dari sekolah dan tiba-tiba hujan turun dengan lebat telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

@syamerrkun

TENGAH ELOK REMPIT TETIBA HUJAN LEBAT HAHAHAHAHAHAHAHA KALAU AMIK BUDAK RAMBUT TERBAKAR NI MESTI ADA JE BENDA JADI Video tadi tiktok delete…. :(

Monkeys Spinning Monkeys - Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Tengah elok 'merempit' tiba-tiba hujan lebat, terpaksa sorok kepala anak buah dalam baju

Menerusi video yang dimuat naik oleh @syamerrkun, kelihatan lelaki itu baru saja menjemput anak buahnya balik dari sekolah.

Namun, disebabkan cuaca tiba-tiba berubah mendung dan hujan turun dengan lebat ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah, mereka terpaksa berhenti seketika di tepi jalan.

Apa yang menghiburkan adalah apabila lelaki itu bertindak 'menyorokkan' kepala anak buahnya di dalam baju kerana tidak mahu dia terkena hujan.

Situasi tersebut membuatkan dia tergelak kerana insiden itu sangat tidak dijangka. Anak buahnya pula sempat membebel dalam baju dan bertanya jika sudah sampai ke rumah atau belum.

"Gelap terus pemandangan budak tu haha" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.3M views, 182.2K likes dan 15.8K shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat pak cik dan anak buahnya itu. Malah, ramai boleh relate dengan pengalaman sama mereka.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Nasib awaklah dik dapat pak cik terlebih kreatif. Janji tak lencun kepala kena hujan :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: