seismik

Lelaki Kena 'Sound' Sebab Selamba Cop Parking & Cari Pasal Ini Buat Ramai Puas Hati

"Terbaik sis! Nasib baik ada dashcam" - Netizen.

Cover image via @ophelia.my (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Apabila berkunjung ke tempat yang ramai orang, sudah tentu sukar untuk kita mencari parking betul tak?

Insiden berebut parking memang sudah banyak kali terjadi di pusat beli-belah, taman tasik dan banyak lagi tempat awam.

Namun, baru-baru ini tular sebuah rakaman menunjukkan seorang lelaki selamba cop parking dan berbalah dengan seorang pemandu wanita telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ophelia.my

Hi everyone, cop parking again! AT TASIK TITIWANGSA!!! Katanya dia jalan kaki dari jauh cari parking. Since when boleh cari parking dengan jalan kaki je & cop terus? @PDRMsiaOfficial tolong perketatkan lagi denda untuk org cop parking. Sebab kebanyakkan bila jumpa org mcm ni akan blah terus sebab takut kereta akan dicalarkan.

original sound - opm - opm

Selamba berdiri dalam kotak parking dan cari pasal bila disuruh beralih

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ophelia.my, kelihatan si perakam sedang mencari parking di Taman Tasik Titiwangsa.

Apa yang membuatkan dia geram adalah apabila dia ternampak parking kosong dari jauh dan tergesa-gesa untuk meletakkan kenderaannya.

Namun, sebaik saja tiba di tempat parking berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang berdiri dengan tujuan ingin cop parking tersebut untuk kawannya. Tindakan itu membuatkan si perakam naik angin dan merasakan ia tidak patut.

Dia kemudian bertegas bahawa tindakan lelaki itu tidak sewajarkan dilakukan dan bertindak memarkir keretanya di situ selepas mereka berbalah.

"Weh puasnya hati aku! Selalu tengok orang cop parking diaorang menang! Tapi sis ni terbaik! Salute!" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 312.2K views, 11.4K likes dan 548 shares di TikTok, rata-rata netizen turut berpuas hati dengan tindakan si perakam yang bertegas dengan lelaki itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lepas ni kena ambil pengajaran, jangan sesuka hati cop parking guys. Kena ada common sense okay :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: