Ingat Betul-Betul Ada Buaya Dekat Baju, Reaksi Budak Berdiri Kaku Kena Prank Ini Cuit Hati
Sakan mak ayah dia mengusik ya.
Memiliki anak sememangnya dapat membuatkan hari-hari ibu dan ayah sentiasa bahagia dengan pelbagai telatah si kecil
Ada saja gelagat spontan mereka yang mencuit hati kita. Namun, ada masanya mereka juga sering menjadi mangsa usikan si ibu dan ayah.
Seperti sebuah video yang tular di laman TikTok baru-baru ini apabila seorang budak lelaki diusik oleh ibu dan ayahnya sehingga berdiri kaku telah mencuit hati ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Pakai baju corak buaya di dada, sekali ingat betul-betul buaya bergerak sampai menangis
Menerusi video yang dimuat naik oleh @fatinfazihah, kelihatan budak lelaki itu sedang berdiri kaku di atas katil sambil menangis.
Rupa-rupanya, ibu dan ayahnya mengusik kononnya ada buaya sedang bergerak di badan budak lelaki itu.
Dia yang merasa takut hanya mampu mengangguk apabila si ibu bertanya sama ada boleh atau tidak mereka menghubungi ambulans.
Ternyata, reaksi takutnya itu membuatkan si ibu dan ayah ketawa kerana terhibur dengan anak lelaki mereka.
"Mesti dah tak nak pakai baju tu lepas ni hahaha" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 2.8M tontonan, 294.3K tanda suka serta 65K perkongsian di TikTok.
Manakala, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi cuak budak lelaki itu apabila 'dibuli' oleh ibu ayahnya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!