seismik

[VIDEO] Pak Cik Ajak Menari Tapi Guna Filter Hantu, Reaksi Anak Buahnya Pula Undang Tawa

Mahu mengigau budak tu nanti.

Cover image via @mujahidmhd14 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, memang ramai yang rapat dengan anak saudara sejak mereka kecil lagi

Mungkin kerana duduk serumah atau memang sering berjumpa di acara keluarga membuatkan hubungan itu akrab.

Anak saudara sering menjadi mangsa sakat mak cik dan pak cik saudara. Tambahan pula, jika mereka memang seorang yang penakut. Lagi seronok diusik.

Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini, seorang lelaki membuat prank kepada anak buahnya dengan menggunakan filter hantu pocong telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ajak anak buah menari, sekali bila pusing terus menangis

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mujahidmhd14, kelihatan lelaki itu sedang berada di dalam sebuah bilik bersama anak buahnya untuk membuat tarian TikTok.

Apa yang mencuit hati adalah apabila dia menggunakan filter hantu pocong secara diam-diam tanpa pengetahuan anak buahnya itu.

Sebaik saja budak perempuan itu memusingkan badannya untuk menari, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati mukanya menjadi hantu pocong.

Ia membuatkan budak perempuan itu terkejut dan berlari keluar bilik sambil menangis ketakutan. Namun, pak ciknya pula sakan gelak kerana berjaya mengenakan si anak buah.

"Rasa macam nak buat this trend with my nephew tapi risau dibenci sampai akhir hayat je hahahaha" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini sudah meraih 1.3M views, 114.1K likes dan 11.6K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka berdua.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mesti lepas ni budak tu tak percaya dah kalau pak cik dia ajak buat TikTok dance :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: