seismik

"Rumah Biru Buat Hal" - Gelagat Kanak-Kanak Lawan Arah Masa Lumba Lari Buat Ramai Keliru

Aduhai, tak pasal-pasal semua kena patah balik.

Cover image via @peeksby.min (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam banyak-banyak aktiviti sukan di sekolah, lumba lari merupakan pertandingan yang paling digemari ramai

Pelbagai ragam dan gelagat yang dapat dilihat semasa acara sukaneka berlangsung. Rata-rata individu yang terlibat pasti akan bersungguh-sungguh untuk memastikan pasukan mereka menjadi juara.

Namun, lain pula yang terjadi dalam video tular ini apabila tindakan kanak-kanak lelaki berlari melawan arus membuatkan ramai pihak terkeliru.

Lihat video penuh itu di bawah:

Guna taktik patah balik untuk kelirukan pihak lawan, tak sangka ramai 'terkena'

Menerusi perkongsian video daripada @peeksby.min, kelihatan beberapa orang kanak-kanak sedang menyertai acara lumba lari di padang sekolah mereka.

Pasukan kumpulan merah, biru dan dua kumpulan kuning dilihat bersungguh-sungguh berlumba lari menuju ke garisan penamat.

Apa yang mencuit hati adalah seorang kanak-kanak daripada kumpulan biru yang berada pada kedudukan terakhir mengelirukan pihak lawan apabila dia berlari melawan arus selepas menerima baton daripada rakan sepasukannya.

Tindakannya itu menyebabkan peserta daripada pasukan lain keliru dan turut mengikut jejaknya apabila membuat pusingan semula secara tiba-tiba sebelum menghampiri garisan penamat.

Namun, peserta rumah biru itu sekali lagi membuat ‘u-turn’ ke arah garisan penamat mengikut laluan asal dan akhirnya dia berjaya meninggalkan peserta-peserta lain.

"Taktik yang tak pernah orang pakai, auto win haha" - Netizen

Ikutan tularnya video tersebut yang kini telah mencecah 1.9M views, 192.5K likes dan 32.2K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat kanak-kanak itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Pandai adik tu buat trick ya. Macam tu je dia menang :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: