seismik

Ramai Nak Suami Macam Hafiz Mahamad, Pemuda Ini Tampil Bersuara Bagi Pihak Lelaki B40

Betul apa dia cakap tu.

Cover image via @farhantugiman (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tiada seorang pun dalam dunia ini yang tidak mahu menjadi kaya dan boleh menghadiahkan macam-macam buat orang tersayang

Namun, rezeki setiap manusia itu berbeza-beza. Mana ada orang yang perfect dalam dunia ini. Mungkin orang lain lihat kehidupan kita mewah, tetapi mereka tidak tahu bagaimana turun naiknya urusan sebelum kita berjaya.

Baru-baru ini, pempengaruh terkenal Hafiz Mahamad sekali lagi menggegarkan seluruh media sosial dengan kejutan hari jadi yang diberikan untuk isterinya, Syafiqah Aina. Dia membuat sebuah dokumentari dan bakal membawa si isteri untuk menunaikan haji tidak lama lagi.

Disebabkan video tersebut tular, ramai para wanita menginginkan pasangan dan suami yang sweet seperti Hafiz Mahamad.

Perkara tersebut telah membuatkan seorang lelaki tampil bersuara bagi pihak para suami dari golongan B40 telah mencuri tumpuan ramai di TikTok.

Lihat video itu di bawah:

Minta Hafiz Mahamad jangan tunjuk video kejutan di media sosial sebab ramai tak mampu buat macam itu

Menerusi video yang dimuat naik oleh @farhantugiman, kelihatan lelaki itu sedang membebel seorang diri sambil memandu kereta.

"Kepada abang Hafiz Mahamad, saya minta tolong ya kalau abang buat surprise gift-gift luar biasa tu, abang rakam bagi Aina tengok dekat rumah jelah. Pasal apa bang, saya bulan ni nak beli durian pun payah jugalah bang.

Nak bagi surprise dekat rumah tu susah kan. Gift abang tu impian seorang lelaki tu. Abang hanya menyulitkan para lelaki yang B40 lah bang. Abang buat saya cemburu lah dengan diri saya ni" bebelnya.

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mencecah 1.3M views, 99.9K likes dan 4.9K shares di laman TikTok, rata-rata warganet turut meluahkan pendapat masing-masing mengenai kejutan Hafiz Mahamad itu

Ada yang setuju dengan lelaki tersebut, ada juga para isteri yang memuji usaha suami mereka untuk menggembirakan keluarga walaupun dalam keadaan sederhana.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Lain orang lain cara nak happy kan pasangan, pokok pangkalnya kita kena ukur baju di badan sendiri :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: