[VIDEO] Anak Semua Nak Melekat Dengan Ayah, Mak Pula Seronok Gelakkan Si Suami
Nak buat macam mana, anak ayah.
Kebiasaannya, anak-anak lebih suka melekat dan bermanja dengan ibu berbanding ayah
Iyalah, ibu yang melahirkan anak-anak. Naluri dan sifat seorang ibu itu memang membuatkan anak-anak lebih suka dekat dengan mereka.
Namun, ada juga anak yang lebih suka melekat dengan ayah. Seperti sebuah video ini apabila seorang wanita merakam gelagat dua orang anaknya yang asyik mengikut ayah mereka ke mana saja telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Isteri hanya mampu gelak, anak-anak semua nak ayah
Menerusi video yang dimuat naik oleh @rozilaabdulkadir, kelihatan suami wanita itu sedang mendukung anaknya dan seorang lagi anak lelaki mereka dilihat 'mengendeng' dengan si ayah juga.
Perkara tersebut membuatkan wanita itu hanya mampu tergelak kerana suaminya harus melayan kerenah kedua-dua anak mereka itu.
Lebih melucukan, anak lelaki mereka tiba-tiba datang ke kereta dan membuat tarian spontan membuatkan ibunya terhibur.
"Terpaling random anak akak ni" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini telah meraih 508K views, 56.5K likes dan 3.7K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat anak wanita itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!