seismik

"Dah Ada Helper" - Gelagat Bayi Tolong Ayah Tarik Troli Grocery Ini Buat Ramai Terhibur

Kuat dia genggam tu, comel je.

Cover image via @faliqnoah8922 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selalunya jika pergi membeli-belah, kita akan mengambil troli untuk meletakkan barang-barang dapur di dalamnya

Iyalah, ia memudahkan kerja kita juga. Tak perlulah nak pegang satu-satu barang bukan? Melainkan kita hanya mahu membeli satu atau dua barangan saja.

Namun, lain pula yang berlaku dalam sebuah video ini apabila seorang bayi menolong ayahnya menarik troli grocery telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

Guna sebelah tangan tarik bakul grocery

Menerusi video yang dimuat naik oleh @faliqnoah8922, kelihatan bayi itu sedang duduk di dalam stroller sambil ditolak oleh ayahnya di sebuah pasar raya.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila bayi itu dilihat menarik bakul grocery dengan tangannya. Dia dengan selamba menggenggam pemegang bakul troli itu.

"Daddy dah ada helper sekarang," kata ibunya.

"Risaulah bapak-bapak sekarang dah makin kreatif kalau dengan anak depa" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 547.2K views, 50.5K likes dan 10.5K shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat bayi itu. Malah, ramai mengatakan para bapa semakin kreatif apabila menjaga anak.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Seronoklah ayah dia ada si kecil menolong kan :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: