seismik

Gelagat Pak Cik Saudara Perah Limau Dalam Mulut Anak Buah Masa Tidur Ini Cuit Hati Ramai

Mesti kes dendam ni.

Cover image via @khrlazizi95 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam keluarga, hubungan antara pak cik saudara dan anak saudara selalunya baik-baik saja

Jarang kita jumpa pak cik saudara yang suka menyakat anak saudara kecuali mereka memang rapat sejak kecil lagi.

Sama seperti sebuah video ini apabila seorang lelaki mengusik anak saudaranya yang tidur dengan memerah limau ke dalam mulut telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

@khrlazizi95

Annoying sangat kan dgn paksu. Hambekkk kau #fyp #fruitdaughter

Funny - Gold-Tiger

Anak buah lena tidur, sekali mengamuk sebab limau masuk mulut

Menerusi video yang dimuat naik oleh @khrlazizi95, kelihatan budak perempuan itu sedang tidur lena di atas sofa ruang tamu rumahnya.

Apa yang mencuit hati adalah apabila pak cik saudaranya tiba-tiba memerah sebiji limau ke dalam mulutnya dengan tujuan membuat prank.

Lebih menghiburkan, sebaik saja budak perempuan itu tersedar dia dikenakan oleh pak ciknya, dia terus membuat muka tidak puas hati dan mengamuk kerana tidurnya diganggu.

"Thank you bang bagi idea, balas dendam nampak haha" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 140.6K views, 3.1K likes dan 568 shares di TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi budak perempuan itu yang disakat oleh pak ciknya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sabar jelah dik, nanti balas balik tau? Perempuan kena menang! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: