seismik

Syahmi Sazli Umum Nama Lelaki Menang Honda City, Tapi Si Pemenang Pula Tak Tengok Live

Tak ada rezeki dia.

Cover image via @e.belanja (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Nama Syahmi Sazli sudah tidak asing lagi dalam Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu

Dia yang pada mulanya aktif di YouTube dengan siri Drama Spontan bersama Asif dan Yoe Parey kini sudah melebarkan sayap dengan menjadi peniaga dan aktif juga di TikTok.

Baru-baru ini, Syahmi ada menganjurkan satu pertandingan lucky draw yang melibatkan orang awam dan dia mengumumkan nama pemenang melalui live di TikToknya. Namun, lain pula yang jadi.

Lihat video penuh itu di bawah:

Call pemenang, tapi tak tengok live pula

Menerusi video yang dikongsi oleh @e.belanja, kelihatan Syahmi dan Yoe sedang membuat panggilan kepada pemenang Honda City Hatchback yang mereka tawarkan dalam pertandingan itu.

Tetapi, apa yang membuatkan ramai terkilan adalah apabila si pemenang tidak tahu kata laluan yang dimaksudkan oleh mereka dengan syarat untuk memenangi Honda City tersebut.

Kesudahannya, individu berkenaan terlepas untuk memenangi kereta mahal itu yang diidamkan oleh ramai orang.

"Mesti dia menyesal seumur hidup" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 55K tontonan, 866 tanda suka serta 68 perkongsian di TikTok.

Rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenai individu yang terlepas untuk memenangi Honda City itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak apa, mungkin rezeki yang menang Honda City tu dekat orang lain :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: