"Tudia Jajan" - Si Ayah Pening Tengok Gelagat Dua Beradik Shopping Di Stesen Minyak
Main ambil je semua makanan ya.
Kebiasaannya, para isteri merupakan orang yang paling seronok jika diajak pergi grocery shopping
Iyalah, shopping kan terapi yang menenangkan bagi orang perempuan. Tidak semestinya shopping pakaian saja, kalau beli barang dapur pun boleh buat mereka tersenyum tau.
Namun, lain pula dengan situasi ini yang memaparkan gelagat dua beradik sakan grocery shopping sehingga membuatkan ibu dan ayah mereka pening kepala.
Lihat video itu di bawah:
Pening dua-dua anak pegang bakul, siap ambil macam-macam makanan
Menerusi video yang dimuat naik oleh @ammarazizann, kelihatan mereka sekeluarga sedang berada di dalam kedai serbaneka sebuah stesen minyak.
Apa yang mencuit hati adalah apabila kedua-dua anaknya siap memegang bakul dan mengambil macam-macam makanan.
Situasi itu membuatkan si ayah pening kepala dan menyuruh mereka meletakkan kembali bakul itu ke tempat asal. Akhirnya, dua beradik itu memberikan bakul kepada ibu mereka untuk membayar kesemua makanan yang diambil.
"Sekepala dua beradik ni, buat rileks je muka ambik je apa dia nak. Haha" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut mencecah 1.2M tontonan, 86K tanda suka serta 1.5K perkongsian di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat dua beradik tersebut.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!