seismik

Gadis Gantung Sepanduk 'Intern Bukan Buruh Percuma' Ini Undang Perdebatan Warganet

Effort yang bagus.

Cover image via @youngaljunied (TikTok) & Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sejak dulu lagi, setiap pelajar yang berpeluang menjalankan latihan industri di syarikat akan diberi duit elaun

Setiap syarikat mempunyai elaun yang berbeza-beza. Malah, ada juga syarikat yang tidak membayar pelajar intern dan menjadikan mereka sebagai 'kuli' di tempat kerja.

Perkara ini membuatkan seorang gadis yang merupakan pelajar universiti bertindak menjalankan sebuah kempen 'Intern Bukan Buruh Percuma' baru-baru ini telah mencuri tumpuan para warganet.

Lihat ciapan itu di bawah:

Cadangkan supaya pelajar intern dibayar sama seperti pekerja biasa iaitu minimum RM1,500

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh pelajar bernama Rashifa, kelihatan gadis itu memuat naik gambarnya bersama sepanduk yang bertulis 'Intern Bukan Buruh Percuma'.

Menurutnya, dia menjalankan sebuah kempen untuk menyeru kerajaan supaya memandang isu pelajar intern perlu dibayar seperti pekerja biasa.

Tujuan dia membuat kempen tersebut adalah kerana pada zaman ekonomi sekarang, kos sara hidup pelajar juga meningkat dan membuatkan mereka susah ingin hidup di bandar jika dibayar rendah.

"Living in KL, how am I supposed to pay rent, food and transportation when I’m not paid with a minimum wage at least? Which is why I believe that interns should be paid with dignity, and treated as employees to the companies or service that they serve. No more exploitation," katanya.

Ketika artikel ini ditulis, ciapan itu telah meraih 10.5K retweets, 22.2K likes dan 2.2K quotes di laman Twitter

Ia juga turut mendapat perhatian daripada Menteri Luar Negeri, Yang Berhormat Dato’ Sri Saifuddin Abdullah dan juga ramai warganet terutama dalam kalangan pelajar universiti.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Apa pendapat korang pula tentang isu ini?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: