Duduk Rapat Siap Jual Sambal Dengan Mondy Di Live, Ramai Makin 'Turn Off' Dengan Ebit Lew
"Kali ni terpaling sesuatu" - Netizen.
Baru-baru ini, nama Ustaz Ebit Lew (UEL) kembali hangat apabila dia bertindak menolong gelandangan di Indonesia yang dikatakan janda anak satu
Dapat dilihat, rakaman UEL kononnya terjumpa wanita bernama Mondy yang merupakan seorang gelandangan dan juga ibu tunggal itu dikatakan adalah konten semata-mata.
Sudah ramai rakyat Malaysia yang menyiasat siapa sebenarnya Mondy dan terkejut setelah mendapat tahu dia sebenarnya merupakan seorang TikToker famous di negara seberang itu.
Terbaru, UEL dan Mondy dilihat membuat live bersama di TikTok sambil menjual sambal telah menjadi perhatian para netizen.
Lihat video itu di bawah:
Ramai sangka UEL ingin menyampaikan dakwah, tetapi sebaliknya mengupah Mondy untuk membuat live di TikTok untuk menjual sambal miliknya
Menerusi perkongsian video daripada @tealive_funclud, kelihatan UEL dan Mondy sedang menjual sambal menerusi sesi live di TikTok milik UEL sendiri.
Apa yang membuatkan ramai naik hairan adalah apabila mereka berdua dilihat duduk agak rapat dan mesra sambil membaca komen daripada followers.
Malah, ramai mula mempersoalkan tujuan sebenar UEL membawa Mondy bekerja di Malaysia dan adakah dia benar-benar ingin mengubah wanita itu ke arah yang lebih baik.
Ramai berpendapat UEL seperti 'sesuatu' dan menyifatkan dia sebagai penunggang agama kerana menggunakan Islam sebagai konten.
"Kat Indonesia tak boleh buat live jual sambal ke yang sampai nak datang Malaysia. Maaf cuma bertanya" - Netizen
Ikutan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 416.6K tontonan, 4.2K tanda suka serta 884 perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mengenai isu itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!