seismik

Dikecam Bantu Gelandangan Yang Sebenarnya Model, Netizen Label Ebit Lew Penunggang Agama

Betul ke dia tak ada rumah?

Cover image via @ZacZakirin13 (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Baru-baru ini, tular video di Twitter yang memaparkan Ustaz Ebit Lew (UEL) berada di Indonesia dengan misi bantuannya

Dia dilihat membantu gelandangan Indonesia yang sedang tidur beralaskan kain di depan pagar di Indonesia. Wanita yang penuh tatu itu dilihat tidur sehingga UEL datang mendekatinya. 

UEL bertindak menolong wanita itu dengan memberikan beberapa wang sambil berborak tentang situasinya. Bukan setakat itu, UEL juga dilihat membelikan sepasang baju jubah dan tudung untuk wanita itu. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Pada awalnya, ramai yang memuji tindakan UEL namun ada pula plot twist yang berlaku

Ada yang mendakwa wanita itu sebenarnya bukan gelandangan. Dia juga mempunyai kerja sebagai model. Jika dilihat melalui video yang dimuat naik dalam akaun TikToknya, sememangnya dia membuat pelbagai content tentang pekerjaannya sebagai model.

Lihat video penuh itu di sini:

Wanita penuh tatu yang bernama Mondy itu juga mempunyai lebih 1 juta followers di akaun TikToknya (@mondy_tatto).

Lebih mengejutkan lagi adalah UEL siap menjemput wanita itu datang ke Malaysia atas sebab yang tidak diketahui. Terdahulu, wanita itu juga pernah membuat live di TikTok UEL untuk menjual sambal. 

"Terpaling dermawan. Cari lah yang in character sikit pelakonnya pun. Ni gelandangan pakai make up, baju pun macam helok je, siap pakai braces. Apo" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3M views, 3K retweets dan 5K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Hm, apa pendapat korang pula?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: