seismik

Pernah Dimarahi Nurse, Wanita Kongsi Dirinya Alami 'Postpartum Depression' Ini Jadi Bualan

Emosi wanita selepas bersalin ini lain tau.

Cover image via @lisaa_aa98 (Twitter) & Berita Harian (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Wanita selepas bersalin semestinya mempunyai emosi yang lebih sensitif

Iyalah, mereka telah mengharungi pelbagai rasa sakit selama sembilan bulan. Oleh sebab itu, akan ada yang mengalami postpartum depression untuk sesetengah orang.

Baru-baru ini, tular sebuah posting di Twitter yang memaparkan seorang wanita berkongsi pengalamannya semasa melahirkan anak telah mencuri tumpuan. 

Lihat posting itu di bawah: 

Pernah kena marah dengan nurse, siap cakap tak boleh jadi ibu yang baik

Menerusi posting berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang meluahkan isi hatinya semasa melahirkan anak di sebuah hospital.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila pada awalnya dia tidak percaya yang wanita akan menghidap postpartum depression, namun dia sendiri pernah mengalaminya.

"I kenalah tipu ngan jantan ke, kena bully ke apa, i tak pernah kena severe depression sampai kna refer hospital. Tapi sebab i beranak, hari ke-2 kena maki dengan nurse, nurse tu ckp “i tak layak jadi ibu”, everyday i nangis, everyday i cakap i tak nak anak", katanya.

Dia juga berkongsi bahawa ibu dan kakaknya yang tolong menjaga bayinya sebab dia merasa tidak happy sepanjang melahirkan anak.

Wanita itu turut percaya bahawa ibu yang berpantang mempunyai emosi yang sangat lemah. Dia juga mengharapkan supaya jururawat di luar sana lebih peka dan sensitif untuk menjadi ibu yang baru melahirkan.

Puncanya berlaku apabila bayinya menangis selama 4 jam tidak berhenti walaupun telah diberi susu dan pampers telah ditukar.

Disebabkan risau akan ada apa-apa yang terjadi pada bayi itu, dia memanggil nurse dengan menggunakan button kerana tidak dibenarkan berjalan ke kaunter.

Tanpa mengetahui lebih lanjut, nurse itu telah memarahi wanita tersebut. Wanita itu terpaksa tutup lampu dan menangis. Pada keesokan hari, rupa-rupanya bayinya itu demam.

Lebih mengejutkan lagi adalah apabila wanita itu pergi ke klinik kesihatan untuk diagnose tentang depression dan traumanya, ada doktor yang mengatakan bahawa dirinya bukan orang yang pertama trauma dengan jururawat daripada hospital berkenaan.

"Allahuakhbar, semoga awak diberi kesihatan yang baik dan kuat!" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 963K views, 7K retweets dan 9K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Semoga akak kuat dan tabah, harapnya jururawat lepas ini lebih peka dan lebih berperikemanusiaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: