seismik

[VIDEO] Cermin Kereta Pecah Sebab Ada Kelibat Orang Baling Batu Ini Buat Pemandu Cuak

Bahayanya.

Cover image via @vyberliaw (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Sesiapa yang memiliki kereta sudah pasti akan menjaganya sebaik mungkin

Iyalah, maintanence kereta bukannya murah, ia menelan kos yang beratus untuk menyelenggara. Sebab itu, kalau boleh ramai mengelak daripada kerosakan kereta dengan menjaganya sebaik mungkin. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan cermin kereta sepasang kekasih pecah telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Nampak kelibat orang berlari selepas bunyi cermin kereta pecah

Menerusi video berkenaan, kelihatan sepasang kekasih sedang berada di dalam kereta semasa pulang dari arah MyTown, Cheras. 

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila mereka ternampak kelibat orang berlari melintas jalan. Lebih terkejut lagi adalah apabila dia menemui cermin keretanya pecah akibat ada yang membaling batu. 

"Wei kalau kena anak kecik kat belakang, memang aku turun kejar ye" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 726K tontonan, 27K tanda suka dan 600 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bahaya betul ya, kalau kena kepala tu memang cedera!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: