seismik

Dari Kecil Kena Gangguan, Wanita Kongsi Dicintai 'Jin Setia' Sampai Baju Pun Kerap Hilang

Bahaya ini, seram.

Cover image via @anggie.nabiila (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Tidak dinafikan, sesetengah orang akan terbuka hijab matanya untuk membolehkannya melihat makhluk ghaib

Tidak semua orang kuat untuk menghadapi cabaran dan ujian itu. Terkena gangguan mistik dan misteri sudah pasti menyebabkan si mangsa merasa lemah dan ingin mencari jalan penyelesaian.

Baru-baru ini, tular sebuah kisah di TikTok yang memaparkan seorang wanita sering diganggu sejak kecil lagi telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@anggie.nabiila

my santet story part 10 bukan ya ini? ini aku cuma jelasin tempat tempat kejadian waktu aku sd aja sih

original sound - Anggie Nabiila/IG : fansiazeli - luxurybynab

Muncul banyak perkara pelik termasuk baju hilang, terjumpa foto janin dalam telefon dan sebagainya

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang menunjukkan kawasan sekitar rumahnya. Difahamkan, rumahnya itu dihiasi dengan pelbagai gambar patung yang pelik.

Wanita yang bernama Anggie itu diganggu makhluk halus sejak kecil lagi. Semuanya bermula sejak pertama kali dia datang haid pada usia 11 tahun, barang di rumahnya kerap hilang dan ditemukan di tempat lain. 

Barang yang hilang termasuklah kunci, buku, baju dan pakaian dalam yang dipakai Anggie. Entiti itu seakan-akan tidak membenarkan Anggie jauh daripadanya. 

Pada satu hari, muncul gambar janin di galeri telefon Anggie. Gambar tersebut seakan-akan seperti scan bayi. Dia pernah dibawa berubat namun masih gagal dirawat. Ramai ustaz yang percaya jin pendamping itu sebenarnya hendak menikah bersama Anggie. 

Salah satu perawatnya bernama Siti Jubaidah. Namun, insiden pelik telah berlaku apabila muncul tulisan 'Siti Zubaidah anjing' di siling rumah mereka. 


Rumah Anggie mempunyai tulisan dan lukisan seram

Walaupun kini Anggie sudah berkahwin, entiti itu dilihat gemar merosakkan kebahagiaan pasangan itu. Anggie dan suaminya sering mempunyai kesalahfahaman. 

Baru-baru ini, dia dilihat terkejut apabila bilik tidurnya penuh dengan lukisan dan tulisan Jawa yang seram namun dia tidak mengenali atau tahu maksud lukisan itu. Kesan tulisan warna merah di dinding juga mengeluarkan bau yang sangat hamis. 

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Buang patung-patung dan gambar benda hidup" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 4M tontonan, 380K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Seramnya, bayangkan dah berapa lama dia hidup macam tu! :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: