seismik

[VIDEO] Tertinggal Telefon Atas Meja, Pemuda Gesa Pak Cik Yang Ambil Ini Mohon Pulangkan

Siapa yang kenal pak cik ini, tolong bagitau dia ya.

Cover image via @MAtfsykr (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Kehilangan barangan penting seperti telefon sudah pasti akan membuatkan kita cuak dan gelabah

Iyalah, sekarang ini sudah menjadi kebiasaan kepada semua untuk menyimpan segala dokumen penting dalam telefon pintar.

Telefon juga menjadi salah satu benda penting dalam kehidupan seharian untuk menghubungi keluarga atau mendapatkan berita terkini. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan seorang pak cik selamba ambil telefon kepunyaan orang lain telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Pemuda minta tolong netizen yang mengenali pak cik ini supaya mengembalikan telefon

Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman sedang menunjukkan seorang pak cik sedang berjalan berpusing-pusing di sekitar restoran di Cyberjaya. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia selamba mengambil telefon bimbit jenama Samsung Z Flip yang berada di atas meja. Rupa-rupanya, telefon itu milik orang lain. 

Seorang pemuda dilihat memuat naik sebuah ciapan yang meminta tolong netizen untuk mencari pak cik itu. Hal ini kerana telefon pintar milik kawan ibunya itu mengandungi pelbagai dokumen penting untuk kerja.

"Kalau dapat CCTV yang jelas dari kedai-kedai sebelah, mesti dapat no plate dia ni. Pasti dapat cari mamat ni" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 426.8K views, 2K retweets dan 1K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Semoga pak cik ini terdetik hati nak pulangkan lah ya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: