seismik
Biar Betul, Scalling Gigi RM3 Saja? Ini Caranya Nak Dapatkan Rawatan Murah & Cepat!
Tak payah bayar mahal-mahal dah.
Cover image via
@alenawhz (Twitter)
Rawatan gigi tidak dinafikan sangat mahal jika anda pergi ke klinik swasta
Namun, ia bukan menjadi sebab kita tak menjaga kesihatan dan kebersihan gigi bukan? Paling kurang, kita perlulah dapat rawatan gigi sebanyak sekali atau dua kali dalam setahun.
Baru-baru ini, tular sebuah posting yang memaparkan seorang wanita berkongsi pengalamannya mendapatkan rawatan gigi murah telah mencuri tumpuan.
Lihat posting penuh itu di bawah:
Lagi mudah kalau anda ada aplikasi MySejahtera, kalau tak walk-in pun boleh
1. Buat temu janji melalui aplikasi MySejahtera. Caranya, anda tekan ikon 'appoinments', lepas itu skrol ke bawah dan tekan 'dental check-up'.
Image via @alenawhz (Twitter)
Image via @alenawhz (Twitter)
2. Masukkan poskod anda. Setelah itu, anda boleh pilih tarikh terdekat yang tersedia. Jika tiada, anda perlu menunggu beberapa minit atau jam kemudian. Mengikut pengalaman gadis ini, tarikh temu janji akan refresh pada 12am.
Image via @alenawhz (Twitter)
Image via @alenawhz (Twitter)
3. Pastikan anda sampai ke klinik pergigian 30 minit awal daripada tarikh dan masa temu janji.
Sampai saja di klinik, pergi ke kaunter untuk check in menggunakan MySejahtera, selepas itu anda akan diberikan nombor giliran. Sementara menunggu, mereka juga akan menyemak blood pressure anda.
Bayaran yang dikenakan hanya RM1.
Sampai saja di klinik, pergi ke kaunter untuk check in menggunakan MySejahtera, selepas itu anda akan diberikan nombor giliran. Sementara menunggu, mereka juga akan menyemak blood pressure anda.
Bayaran yang dikenakan hanya RM1.
Image via @alenawhz (Twitter)
Image via @alenawhz (Twitter)
4. Tibanya di bilik berkenaan, gadis itu melakukan general check-up dan scalling. Menurutnya, Dr Liyana dan pembantunya sangat baik hati dan ramah. Proses tersebut siap dalam masa 10 minit.
Cas yang dikenakan untuk rawatan tersebut hanyalah RM2. Anda juga boleh membayar menggunakan kad debit.
Cas yang dikenakan untuk rawatan tersebut hanyalah RM2. Anda juga boleh membayar menggunakan kad debit.
Image via @alenawhz (Twitter)
Image via @alenawhz (Twitter)
5. Disebabkan gadis yang bernama Alena ini berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan, dia meluangkan masa selama 10 minit untuk mengisi borang penghargaan melalui laman web Sispaa.
Image via @alenawhz (Twitter)
Image via @alenawhz (Twitter)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik