seismik

Ini Tips Penjagaan Untuk Anda Yang Miliki Tumit Kaki Kasar. Confirm Licin Lepas Ini!

Penjagaan kaki dan tumit pun ada cara khas tau.

Cover image via Hello Doktor & Bisnis Oriflame

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Sesiapa saja pasti inginkan kulit tumit dan kaki sihat bukan?

Iyalah baru nampak cantik dan bersih. Namun, penjagaan tumit kaki ada caranya tersendiri. Kadangkala, ada yang suka pergi ke spa untuk mendapatkan perkhidmatan manicure pedicure, tetapi sebenarnya ada juga cara penjagaan di rumah.

Nak tahu tipsnya? Jom baca di bawah:

Image via GIPHY

1. Gunakan scrub pada bahagian tumit yang kasar

Image via DIY Projects

Sapukan scrub pada bahagian tumit kaki yang kasar semasa anda mandi. Sel-sel kulit mati akan berkurangan dan membuatkan kaki anda menjadi lebih halus. Bersihkan juga celah-celah jari supaya tiada kotoran. Anda boleh lihat di sini untuk jenis scrub yang sesuai dengan kulit anda. 

2. Gunakan sikat halus dan batu apung

Image via Sirap Limau

Kalau kaki anda jenis berkerak, anda perlukan sikat kecil atau batu apung untuk menggosoknya. Ia sangat berkesan untuk mengikis bahagian kulit yang merekah dan pecah. Jangan gosok terlalu kuat kerana takut tercedera. Anda boleh dapati sikat atau batu apung di drugstore berdekatan.

3. Sapukan pelembap selepas mandi

Image via BeBeautiful

Anda perlu mempunyai rutin menyapu pelembap di bahagian kaki. Hal ini supaya kaki anda akan menjadi lembap dan tidak kering. Vitamin yang ada dalam lotion akan diserap dalam kaki anda. Anda boleh memilih pelembap yang sesuai dengan kulit. 

4. Pakai alas kaki atau selipar

Image via Ali Express

Jika anda mempunyai kulit kaki yang merekah, anda boleh mengamalkan pemakaian selipar dalam rumah. Hal ini boleh mengelakkan kulit kaki anda menebal dan pecah. Selain itu, kaki juga akan terlindung daripada barang kasar yang boleh melukakan. 

5. Potong kuku secara teratur dan disiplin

Image via Health

Pastikan anda memotong kuku kaki secara teratur. Jangan memotong kuku terlalu pendek juga kerana ia akan melukakan kulit. Untuk wanita, pemakaian cat kuku boleh menyebabkan kuku anda rapuh, pastikan anda tidak menggunakan lebih daripada seminggu. 

6. Pilih kasut yang sesuai dengan kaki

Jika anda merupaka seorang yang berdiri lama atau suka berjalan jauh, pastikan anda memilih kasut dan ukuran yang selesa. Pastikan kaki anda tidak rasa sakit atau melecet. Lebih baik anda memilih kasut yang mempunyai thick foam. 

Sayangilah tumit kaki anda, jangan lupa amalkan tips di atas!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel tentang kecantikan di SAYS Seismik:

You may be interested in: