seismik

Ini 5 Suplemen Untuk Kulit Wajah Lebih Sihat, Cantik & Glowing. Jom Amalkan!

Tampil lebih yakin lepas ni.

Cover image via Pesona Pengantin & Sirap Limau

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa saja yang tidak menginginkan kecantikan kulit terutamanya kulit muka bukan?

Ramai yang menginginkan kulit muka flawless, cantik dan sihat. Penjagaan kulit sudah tentu bukan satu perkara yang mudah. Anda perlu menjaga pemakanan seperti makan makanan yang sihat, memakai skincare yang lengkap dan sebagainya.

Selain itu, anda juga boleh mengamalkan pemakanan seperti suplemen yang sesuai dengan keperluan kulit anda.

Antara suplemen untuk kulit:

1. Blackmores Buffered C Sustained Release

Image via Shopee

Vitamin C merupakan makanan tambahan yang wajib kita amalkan. Sangat sesuai untuk individu yang kurang makan sayur dan buah. Pengambilan suplemen ini boleh mencerahkan seluruh badan. Kulit akan makin cerah kalau anda cukup bekalan vitamin C.

Namun, anda perlu tahu bahawa sehari hanya boleh makan maksimum 1,000mg saja kerana keterhadan penyerapan dalam badan.

2. SeaSeven Cod Liver Oil

Image via Carousell

Minyak Cod ini mempunyai kandungan yang boleh memberikan kesihatan kepada kulit. Sesiapa yang mempunyai masalah jerawat akibat lebihan minyak yang terhasil pada lubang pori boleh mengamalkan suplemen ini. 

Suplemen ini dapat membantu mengawalkan lebihan minyak pada muka.Ia juga boleh menghilangkan jerawat. Dengan adanya vitamin A, kulit anda tidak menjadi kering. 

3. Kinohimitsu Collagen Beauty

Image via Mummy Rei

Kepada sesiapa yang inginkan kulit lebih cerah dan sekata, anda boleh mengamalkan suplemen ini. Kandungannya yang mempunyai asid malic dan vitamin C boleh membantu untuk mengurangkan pigmentasi. 

Ia juga akan melembapkan kulit sekali gus menghilangkan parut. Senanglah lepas ini, tak perlu pakai makeup!

4. StemLabs Omega 3 Fish Oil

Image via Carousell

Suplemen Omega 3 Fish Oil sangat membantu untuk mereka yang menghadapi masalah ekzema. Ia mengandungi bahan EPA yang bertugas untuk mengurangkan keradangan dan kemerahan kulit. 

EPA akan mengawal hormon yang menyebabkan keradangan yang berpunca daripada sabun, perfume dan debu.

5. Kitsui Korean Whitie

Image via BIDASARI

Suplemen ini membantu untuk mengurangkan kesan penuaan, mengurangkan jeragat, dan mencerahkan kulit. Rasanya yang sedap memang membuatkan ramai tertarik kepada suplemen ini. 

Anda hanya perlu minum satu sachet dalam sehari. Bintik-bintik hitam pada badan juga boleh hilang tau!

Tunggu apa lagi? Jom amalkan suplemen ini!

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: